Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Ahad, 7 April 2019
Ahad, 29 Julai 2018
PELAN PENULISAN KARANGAN (PEKA)
Pelan Penulisan Karangan (PEKA) digunakan untuk membina rangka karangan sebelum anda menulis sesebuah karangan agar karangan anda menjadi lebih tersusun dan sistematik.
Sabtu, 28 Julai 2018
KEBAIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Belakangan
ini, isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi sering menjadi buah mulut anggota masyarakat
pada era globalisasi ini. Dalam pada
itu, ada pendapat mengatakan bahawa dunia kini berada di hujung jari kerana
segala urusan dapat dilakukan dengan menekan satu klik sahaja. Oleh itu, semua pihak mestilah sama-sama
berganding bahu untuk mendepani isu ini bak kata pepatah, “hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih”. Persoalannya,
apakah kebaikan-kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan
masyarakat hari ini?
Pada pendapat saya, antara kebaikan
teknologi maklumat dan komunikasi adalah dapat berkongsi pendapat dengan orang
lain. Hal ini dikatakan demikian kerana
teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan seseorang membincangkan isu
tertentu secara maya tanpa batasan ruang dan waktu. Di samping itu, teknologi maklumat dan
komunikasi ini juga membolehkan seseorang menjana idea dengan lebih
berkesan tanpa rasa segan atau bimbang ditertawakan oleh orang lain. Sebaliknya, jika perkongsian pendapat
dilakukan untuk tujuan yang tidak baik masyarakat akan menjadi kucar-kacir dan
hidup tidak tenang seperti air dalam terenang.
Oleh hal yang demikian, perkongsian pendapat tersebut mestilah dipantau
oleh pihak berkuasa agar tidak menjadi duri dalam daging yang boleh
memusnahkan keharmonian negara. Sebagai
contoh, forum perbincangan atas talian
atau e-forum membuka ruang dan peluang kepada pelajar menyuarakan pendapat
masing-masing pada bila-bila masa diperlukan.
Berdasarkan hujah yang dinyatakan sudah terang lagi bersuluh bahawa
berkongsi pendapat dengan orang lain merupakan keistimewaan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam kehidupan.
Selain itu, memperoleh maklumat
dengan mudah dan pantas juga dikenal pasti sebagai salah satu kelebihan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masyarakat alaf ini. Hal ini bermaksud teknologi maklumat dan
komunikasi membantu seseorang mendapatkan sesuatu informasi tanpa perlu bersusah
payah ke perpustakaan. Lagipun, teknologi
maklumat dan komunikasi ini juga membantu seseorang mempercepat proses
penerokaan ilmu pengetahuan. Ironinya,
pada masa ini didapati bahawa masyarakat terlalu mudah memperoleh maklumat yang
berbentuk hiburan yang mengasyikkan berbanding maklumat lain yang lebih
bermanfaat. Justeru, maklumat yang
diperoleh mestilah ditapis terlebih dahulu agar pemikiran kita sentiasa bersih
dan matang. Sebagai tamsilan, dengan
hanya menekan satu klik sahaja masyarakat kini telah berjaya mengakses maklumat
yang diperlukan. Huraian yang dinyatakan
ini menjelaskan bahawa salah satu kebaikan teknologi maklumat dan komuniasi
adalah memperoleh maklumat dengan mudah dan pantas.
Kebaikan teknologi maklumat dan
komunikasi yang berikutnya adalah menjana pendapatan seseorang usahawan. Dalam konteks ini, teknologi maklumat dan
komunikasi membolehkan seseorang usahawan mempromosikan produk perniagaan
mereka dengan lebih luas.
Tambahan pula, teknologi maklumat dan komunikasi ini juga membolehkan
seseorang melakukan urusan jual beli dengan mudah dan pantas tanpa
bertemu dengan pelanggan. Cuba
kita bayangkan, sekiranya orang ramai mengetahui akan kewujudan produk keluaran
kita, perniagaan kita akan meraih keuntungan yang berlipat ganda kerana
permintaan yang tinggi daripada pelanggan dari seluruh dunia. Dalam konteks ini, penjanaan pendapatan
melalui teknologi maklumat dan komunikasi mestilah diuruskan dengan sempurna agar
urus niaga sentiasa berjalan dengan lancar.
Misalnya, penjanaan pendapatan merangkumi kaedah e-dagang atau
perdagangan elektronik melalui facebook atau laman sesawang membantu usahawan memasarkan produk mereka
tanpa perlu menyewa premis perniagaan.
Saya optimis bahawa menjana pendapatan merupakan antara kepentingan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masyarakat kini.
Konklusinya, semua pihak haruslah
berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi
bagi menyahut seruan kerajaan yang menginginkan rakyat di negara ini celik IT agar
tidak dilabelkan sebagai orang yang ketinggalan zaman justeru pemikiran tidak
seperti katak di bawah tempurung.
Usaha yang proaktif dan sistematik mesti dilakukan kerana perjalanan
yang beribu-ribu batu, bermula dengan langkah yang pertama.
Khamis, 12 Julai 2018
KEPENTINGAN PENGANJURAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA
Amalan rumah terbuka sudah
menjadi lumrah untuk menyambut sesuatu perayaan termasuklah tiga
perayaan suku kaum terbesar di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali
dan Tahun Baru Cina. Pada tahun 2000,
kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan suku kaum di
Malaysia dianggap sebagai perayaan utama yang diraikan di peringkat
kebangsaan. Melihat senario ini,
persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah adakah
penganjuran Rumah Terbuka Malaysia ini mendatangkan kebaikan kepada masyarakat
dan negara?
Pada hemat saya, Rumah Terbuka
Malaysia penting untuk mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana Rumah Terbuka Malaysia memberikan makna yang besar kepada masyarakat
mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis. Pada kelazimannya, setiap kaum seperti
Melayu, India, Cina dan sebagainya boleh berkunjung ke Rumah Terbuka Malaysia
tanpa sebarang halangan kerana pengunjung telah melupakan perbezaan antara
mereka baik dari segi bangsa, agama mahupun ideologi politik. Hal ini sudah pasti dapat memupuk perasaan
muhibah antara satu sama lain persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang
jernih. Tegasnya, konsep penyatuan
masyarakat pelbagai latar belakang dapat direalisasikan melalui penganjuran
Rumah Terbuka Malaysia.
Dari perspektif yang lain pula,
program Rumah Terbuka Malaysia juga dapat membantu rakyat Malaysia memahami
budaya kaum yang lain. Hal ini tercetus
apabila Rumah Terbuka Malaysia memberi ruang dan peluang kepada pengunjung
mempelajari budaya orang lain. Sebagai
contoh, pengunjung berpeluang menikmati juadah tradisi kaum-kaum yang diraikan
di samping mengetahui adat resam dan pantang larang yang digambarkan dalam sesebuah majlis rumah terbuka. Secara tidak langsung, semangat toleransi
akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang.
Maklumlah, tak kenal, maka tak cinta.
Sudah kenal, barulah dapat berbicara dengan hati terbuka. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain
dapat diketahui dan difahami melalui penganjuran rumah terbuka ini.
Selain itu, penganjuran Rumah
Terbuka Malaysia juga dapat memajukan industri pelancongan di negara ini. Hal ini boleh terjadi kerana Rumah Terbuka
Malaysia pasti akan menyajikan pelbagai acara menarik untuk santapan para
pengunjung dari dalam mahupun luar negara.
Biasanya, pengalaman dalam menghadiri majlis Rumah Terbuka Malaysia
menjadi buah mulut pelancong apabila mereka kembali ke negara asal kerana tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Dengan berbuat sedemikian, lebih ramai pelancong yang akan berkunjung ke
Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman menarik rakan mereka sebelum ini
selain bercuti untuk merehatkan minda daripada kerja rutin yang memenatkan
mereka. Bak kata peribahasa, “sambil
menyelam minum air”. Izharnya,
kepelbagaian acara yang menarik semasa majlis Rumah Terbuka Malaysia di
peringkat kebangsaan telah menggamit hati para pelancong untuk berkunjung di
negara ini sekali gus merancakkan industri
pelancongan di negara ini kerana ada gula, ada semut.
Konklusinya, penganjuran Rumah
Terbuka Malaysia banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, program ini perlu dihayati dengan
mendalam oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang prasangka negatif terhadap
penganjurannya. Sekiranya aktiviti
seumpama ini diteruskan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020
akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin semata-mata.
Isnin, 19 Jun 2017
KEPENTINGAN PASAR TANI
Pasar tani yang telah diilhamkan oleh FAMA sejak tahun 1985 lagi merupakan medan pertemuan pengeluar dan pengguna untuk menjalankan urusan jual beli baik hasil pertanian mahupun produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kini, pasar tani menjadi kunjungan utama pengguna berikutan kenaikan harga barangan di pasaran. Hal ini terbukti menerusi kenyataan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menyatakan bahawa pengunjung ke pasar tani meningkat sebanyak 50 peratus sejak bulan Mac pada tahun 2015. Senario ini menjelaskan bahawa kewujudan pasar tani di negara ini mempunyai seribu satu keistimewaannya kepada masyarakat Malaysia.
Antara keistimewaan pasar tani adalah memasarkan hasil pertanian yang segar. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan yang dijual oleh peniaga pasar tani merupakan bekalan yang diambil terus dari ladang tanpa perlu ditambah bahan pengawet untuk mengekalkan kesegarannya. Lagipun, waktu urus niaga di pasar tani kebiasaannya singkat iaitu pada waktu pagi sahaja. Oleh itu, kesegaran hasil pertanian seperti ikan dan sayuran tidaklah hilang kerana tidak disimpan dalam tempoh yang lama sebelum dijual. Tambahan pula, barangan di pasar tani akan sentiasa dipantau supaya tidak ada peniaga yang bertindak seperti menangguk di air yang keruh sehingga mengaburi pembeli untuk membeli produk mereka. Sebagai contoh, kakitangan FAMA kerap turun padang untuk memantau mutu barangan yang diniagakan di pasar tani dan akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak mementingkan kesegaran produk mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hasil pertanian yang dipasarkan di pasar tani terjamin kesegarannya di samping melindungi hak para pengguna.
Kelebihan pasar tani yang berikutnya adalah menawarkan harga yang berpatutan kepada pembeli. Dalam konteks ini, para peniaga berupaya menurunkan harga jualan mereka kerana mereka mendapat bekalan terus dari ladang kontrak, ladang persendirian atau pembekal. Urusan seperti ini telah mengetepikan peranan orang tengah yang selalu bertindak seperti lintah darat dengan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Malahan, pihak kerajaan telah menyasarkan kesemua 587 pasar tani di 331 buah lokasi di seluruh negara akan bebas daripada cengkaman orang tengah atau pemborong. Dengan ini, harga barangan di pasar tani dijamin lebih murah berbanding premis perniagaan yang lain. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Ahmad Ishak, Ketua Pengarah FAMA yang mengatakan bahawa produk yang dijual di pasar tani dijamin murah lima hingga sepuluh peratus daripada harga pasaran. Bukan itu sahaja, pembeli juga bebas melakukan proses tawar menawar harga barang sebelum membelinya dengan harga yang dipersetujui bersama. Jelaslah bahawa harga barangan yang murah di pasar tani merupakan kemaslahatan pasar tani yang tidak boleh dinafikan.
Selain itu, pasar tani juga berupaya membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan mereka. Hal ini bermaksud para peniaga yang tidak mempunyai tapak untuk menjual produk pertanian mereka berpeluang menjual hasil tersebut di pasar tani. Malah, peniaga juga akan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. Tambahan pula, pihak FAMA akan melakukan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian pengguna dan pengunjung bagi membantu mempromosikan jualan para peniaga yang terbabit. Sebagai contoh, FAMA mengadakan karnival jualan dan menyediakan payung-payung khusus untuk peniaga-peniaga pasar tani berniaga dengan sempurna dan menarik. Dalam konteks yang lain pula, peserta-peserta pasar tani akan diberikan latihan seperti kursus kejurujualan, perakaunan, motivasi keusahawanan, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meningkatkan tahap keusahawanan mereka. Dengan ini, program pasar tani dapatlah dikatakan sebagai program serampang dua mata kerana peserta bukan sahaja dapat berniaga tetapi juga dapat menimba ilmu keusahawanan bak kata peribahasa, sambil menyelam, minum air. Ringkasnya, pasar tani banyak memberi ruang dan peluang kepada usahawan desa meningkatkan margin keuntungan perniagaan mereka.
Tuntasnya, pasar tani semakin relevan kewujudannya pada masa ini di tengah-tengah kemelut kenaikan kos sara hidup masyarakat Malaysia. Harga yang jauh lebih murah dan kualiti barangan yang segar telah menjadi bualan masyarakat sehingga banyak pengunjung pasar tani menyatakan pandangan bahawa membeli belah di pasar tani mampu menjimatkan perbelanjaan seharian mereka. Dalam hal ini, orang bijak pandai ada mengatakan bahawa tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata. Oleh itu, usaha pihak FAMA dalam memajukan pasar tani di Malaysia harus diberikan pujian kerana membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian masyarakat. Slogan ‘Segar, Murah, Terus dari Ladang’ yang dipelopori oleh FAMA untuk pasar tani di seluruh Malaysia menjadikan pasar tani terus signifikan di hati para pengguna.
Selasa, 26 Julai 2016
Anda ingin mengemukakan pendapat tentang usaha-usaha untuk menangani kenaikan harga barang akhir-akhir ini dalam ruangan Forum Pembaca akhbar tempatan. Tulis sepucuk surat kepada editor ruangan forum tersebut selengkapnya.
Dg. Ariana Rania Binti Sulaiman,
Kg. Buang Sayang, Jalan SMK. Pengiran Omar,
89857 Sipitang,
SABAH.
________________________________________________________________________
Editor,
Ruangan Forum Pembaca, Akhbar Utusan Malaysia,
46, Jalan Sungai Besi,
50750 KUALA LUMPUR. 26 JULAI 2016.
Tuan,
Yang benar,
Dg. Ariana Rania Binti Sulaiman,
Kg. Buang Sayang, Jalan SMK. Pengiran Omar,
89857 Sipitang,
SABAH.
________________________________________________________________________
Editor,
Ruangan Forum Pembaca, Akhbar Utusan Malaysia,
46, Jalan Sungai Besi,
50750 KUALA LUMPUR. 26 JULAI 2016.
Tuan,
Usaha-usaha untuk Menangani Kenaikan
Harga Barang
Sejak
akhir-akhir ini, masyarakat di negara ini sering mengadu tentang kenaikan harga
barang yang semakin menghimpit kehidupan mereka (TEMA). Kenaikan harga barang ini terjadi akibat kenaikan
kos operasi sesebuah perniagaan di samping sikap peniaga yang mengambil
kesempatan berikutan kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh kerajaan (ISU). Malah, keadaan ini semakin menjadi-jadi selepas pelaksanaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak
April tahun 2015 (ISU). Oleh itu,
pelbagai langkah drastik dan proaktif perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah
ini demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat di negara ini (KEHENDAK
SOALAN).
2. Pada pendapat saya, antara prakarsa yang
perlu dilaksanakan dalam menangani kemelut kenaikan harga barang dewasa ini adalah
dengan pemantauan secara berterusan (AYAT TOPIK). Hal ini dikatakan demikian kerana pemantauan
yang dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dapat mengenal pasti peniaga yang
menaikkan harga barangan secara sewenang-wenangnya (AYAT HURAIAN). Di samping itu, KPDNKK yang menjalankan
operasi penguatkuasaan di setiap premis perniagaan mampu memberi peringatan dan
pengajaran kepada peniaga yang ingin meraih keuntungan yang tidak munasabah (AYAT
SOKONGAN). Sebagai contoh,
melalui operasi yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDNKK Pahang, seorang peniaga iaitu A.Selvakumar yang
berusia 32 tahun telah didakwa dan didenda RM8000 oleh mahkamah kerana menaikkan harga dua barang jualan iaitu bahan
pencuci Biozip 2.5 kg dari RM9.90 menjadi RM10.60 dan Downy Sunrise Fresh 900ml
dari RM10.30 menjadi RM11.24 (AYAT CONTOH). Jelaslah bahawa pihak berkuasa yang kerap
turun padang untuk memantau kegiatan jual beli di pasaran dapat mengekang
kegiatan tidak bertanggungjawab peniaga yang menaikkan harga barangan jualan
mereka (AYAT PENEGAS).
3. Selain itu, menggunakan hak pengguna juga
dikenal pasti sebagai salah satu cara menangani kenaikan harga barang di
pasaran. Hal ini bermaksud pengguna
wajar menggunakan hak mereka untuk memilih barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan pada harga yang kompetetif justeru para pengguna patut memboikot
peniaga yang menaikkan harga produk jualan mereka. Lagipun, pengguna juga berhak menyuarakan
ketidakpuasan hati terhadap sikap peniaga yang menjejaskan kepentingan mereka
sebagai pengguna. Malah, para pengguna
juga perlu melaporkan segala salah laku peniaga
kepada Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP) KPDNKK sama ada melalui
telefon, e-mel, surat atau datang sendiri ke pusat aduan tersebut. Dalam hal ini, Datuk Seri Hassan Malek,
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengatakan
bahawa kerajaan mahu rakyat memainkan hak mereka sebagai pengguna dengan
menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kenaikan harga barang yang
berlaku di negara ini. Dengan itu, sudah
terang lagi bersuluh bahawa salah satu langkah mengawal kenaikan harga barang
adalah dengan menggunakan hak sebagai pengguna yang bijaksana.
4. Usaha menangani kenaikan harga barang
yang berikutnya adalah dengan menggunakan bahan bakar alternatif. Dalam konteks ini, bahan bakar alternatif
seperti biodiesel dapat menggantikan bahan bakar fosil yang banyak mempengaruhi
kos operasi sesebuah perniagaan.
Tambahan pula, bahan bakar alternatif berupaya untuk mengurangkan
kebergantungan terhadap petrol dan diesel yang mahal harganya berbanding
biodiesel. Misalannya, bahan bakar
alternatif seperti minyak egusi melon telah diuji dapat mengurangkan kos petrol
sebanyak 20 peratus dan diesel sebanyak 10 peratus. Bukan itu sahaja, Dasar Biobahan Api Negara
telah menyarankan supaya penggunaan bahan api bio berasaskan kelapa sawit (B5) untuk
pengangkutan dan perindustrian bagi mengurangkan kos bahan api fosil yang tidak
menentu di pasaran dunia. Saya optimis
bahawa bahan api alternatif yang dihasilkan melalui minyak sayuran dan lemak
haiwan yang menjalani proses kimia mampu mengecilkan kos pengeluaran sekali gus
dapat mengawal kenaikan harga barang.
5. Konklusinya, semua pihak haruslah
berusaha dan bekerjasama bagi menangani isu kenaikan harga barang agar tidak
terus membelenggu kehidupan masyarakat pada hari ini. Pihak kerajaan, pengguna malah para pengeluar
sendiri wajar memainkan peranan masing-masing untuk mengelakkan masalah ini
berterusan tanpa kawalan. Dalam hal ini,
orang bijak pandai pernah berpesan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung,
masakan dapat sagunya. Setiap usaha yang
dilakukan pula janganlah seperti melepaskan batuk di tangga tanpa kesungguhan
sehingga ada peniaga yang tidak serik dengan menangguk di air yang keruh untuk
mengambil kesempatan terhadap pengguna yang tidak mempunyai banyak pilihan.
Saya
berharap lontaran pandangan saya ini akan terpilih untuk disiarkan dalam
ruangan Forum Pembaca akhbar pihak tuan.
Dengan itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian dan
tindakan pihak tuan selanjutnya. Sekian,
terima kasih.
Yang benar,
RaniaSulaiman
(DAYANG
ARIANA RANIA BT. SULAIMAN)Sabtu, 1 November 2014
KEPENTINGAN BERSUKAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
Antara keistimewaan sukan adalah membantu meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya. Misalnya, cara rentak kuda melompat dan berlari dalam sukan berkuda seperti equestrian menyebabkanvetebra tulang belakang penunggan kuda tersebut bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan tulang belakang manusia. Selain itu, sukan renang pula mampu menguatkan mental dan fizikal perenang kerana sukan ini memerlukan satu gerakan yang berkoordinasi antara anggota kaki dan tangan di samping meransang system kardiovaskular mereka. Ringkasnya, semua aktiviti sukan memiliki kemaslahatannya yang tersendiri terhadap kesihatan pengamalnya justeru setiap individu perlu melakukan aktiviti ini agar terhindar daripada sebarang penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Sebagai tambahan, ekonomi negara juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti sukan. Contohnya, penganjuran sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel, Le Tour de Langkawi, Sukan SEA dan Formula 1 telah banyak menyumbang pendapatan kepada negara. Tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran sukan komanwel pada tahun 1998 telah membantu menangani kemelesetan ekonomi negara pada tahun tersebut. Contoh lain pula, Amerika Syarikat yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik di Atlanta telah mendapat keuntungan sebanyak USD20 billion. Pendapatan negara terjana melalui kedatangan pelancong yang ramai untuk menyaksikan temasya sukan yang berprestij itu kerana ada gula, ada semut. Pengaliran wang asing masuk ke negara ini akan bertambah rancak sekaligus meningkatkan ekonomi sekaligus menjana sumber ekonomi negara. Mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menyatakan dalam MSEI 2012 bahawa bidang sukan tidak boleh dilihat dari segi taruhan pingat atau rekreasi semata-mata, sebaliknya bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Jelaslah bahawa sumber pendapatan negara diperoleh daripada aktiviti sukan yang dilangsungkan secara besar-besaran.
Di samping itu, sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Sebagai tamsilannya, sesebuah pasukan bola sepak mesti terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan digeruni oleh pihak lawan, mereka mesti mewujudkan persefahaman yang antara satu sama lain. Situasi ini sangat penting untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai bak kata peribahasa, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." Bukan setakat pemain sahaja semangat perpaduan itu terjalin tetapi juga penyokong atau penonton yang menyaksikan perlawanan juga mendapat manfaat yang sama. Mereka berkesempatan untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa acara tersebut diadakan. Jalinan persahabatan ini akan mengurangkan sentimen perkauman atau kenegerian yang mampu menggugat keharmonian negara. Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa pengalaman kita dan juga pengalaman orang lain telah membuktikan betapa padahnya jika isu perkauman tidak diawasi dan dibendung sebaiknya. Oleh itu, para atlet dan peminat sukan tanah air patut bertanggungjawab dalam memelihara perpaduan di negara ini. Pendek kata, penglibatan dalam bidang sukan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman seperti air dalam terenang.
Tuntasnya, penglibatan secara konsisten dalam sukan mempunyai banyak kelebihannya kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah menambah frasarana sukan seperti gelanggang, dewan, padang dan sebagainya untuk menarik minat masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Sementara itu, masyarakat pula perlu menyahut seruan kerajaan supaya menjalani gaya hidup yang sihat dengan melibatkan diri dalam satu bidang sukan yang digemari kerana tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Ibu bapa pula perlu menggalakkan anak-anak untuk bergiat dalam sukan dengan menghantar anak-anak menjalani kem sukan atau membelikan kelengkapan sukan yang digemari oleh anak-anak mereka. Tindakan ini perlu dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah mengatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim mafhumnya, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah". Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sukan semestinya membawa sejuta manfaat kepada semua sehingga Nabi Muhammad S.A.W telah menggalakkan umatnya supaya aktif bersukan sejak kecil lagi.
Sebagai tambahan, ekonomi negara juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti sukan. Contohnya, penganjuran sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel, Le Tour de Langkawi, Sukan SEA dan Formula 1 telah banyak menyumbang pendapatan kepada negara. Tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran sukan komanwel pada tahun 1998 telah membantu menangani kemelesetan ekonomi negara pada tahun tersebut. Contoh lain pula, Amerika Syarikat yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik di Atlanta telah mendapat keuntungan sebanyak USD20 billion. Pendapatan negara terjana melalui kedatangan pelancong yang ramai untuk menyaksikan temasya sukan yang berprestij itu kerana ada gula, ada semut. Pengaliran wang asing masuk ke negara ini akan bertambah rancak sekaligus meningkatkan ekonomi sekaligus menjana sumber ekonomi negara. Mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menyatakan dalam MSEI 2012 bahawa bidang sukan tidak boleh dilihat dari segi taruhan pingat atau rekreasi semata-mata, sebaliknya bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Jelaslah bahawa sumber pendapatan negara diperoleh daripada aktiviti sukan yang dilangsungkan secara besar-besaran.
Di samping itu, sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Sebagai tamsilannya, sesebuah pasukan bola sepak mesti terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan digeruni oleh pihak lawan, mereka mesti mewujudkan persefahaman yang antara satu sama lain. Situasi ini sangat penting untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai bak kata peribahasa, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." Bukan setakat pemain sahaja semangat perpaduan itu terjalin tetapi juga penyokong atau penonton yang menyaksikan perlawanan juga mendapat manfaat yang sama. Mereka berkesempatan untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa acara tersebut diadakan. Jalinan persahabatan ini akan mengurangkan sentimen perkauman atau kenegerian yang mampu menggugat keharmonian negara. Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa pengalaman kita dan juga pengalaman orang lain telah membuktikan betapa padahnya jika isu perkauman tidak diawasi dan dibendung sebaiknya. Oleh itu, para atlet dan peminat sukan tanah air patut bertanggungjawab dalam memelihara perpaduan di negara ini. Pendek kata, penglibatan dalam bidang sukan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman seperti air dalam terenang.
Tuntasnya, penglibatan secara konsisten dalam sukan mempunyai banyak kelebihannya kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah menambah frasarana sukan seperti gelanggang, dewan, padang dan sebagainya untuk menarik minat masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Sementara itu, masyarakat pula perlu menyahut seruan kerajaan supaya menjalani gaya hidup yang sihat dengan melibatkan diri dalam satu bidang sukan yang digemari kerana tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Ibu bapa pula perlu menggalakkan anak-anak untuk bergiat dalam sukan dengan menghantar anak-anak menjalani kem sukan atau membelikan kelengkapan sukan yang digemari oleh anak-anak mereka. Tindakan ini perlu dilakukan kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah mengatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim mafhumnya, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah". Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sukan semestinya membawa sejuta manfaat kepada semua sehingga Nabi Muhammad S.A.W telah menggalakkan umatnya supaya aktif bersukan sejak kecil lagi.
Ahad, 25 September 2011
PUNCA-PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA
Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah yang sering menghantui pengguna jalan raya di Malaysia. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan buntu. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Wajarkah masyarakat menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata? Seharusnya semua pihak perlu menyedari bahawa kesesakan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak selama ini.
Salah satu punca kesesakan jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Kebanyakan jalan raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan. Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti melepaskan batok di tangga. Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan raya tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan. Tambahan pula, harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti tinggi menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai. Antara kereta buatan Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton Wira. Pertumbuhan industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan menyebabkan rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata Malaysia. Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan faktor yang membawa kepada kesesakan jalan raya. Kebanyakan pengusaha pengangkutan awam tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Contohnya, bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat sampai ke destinasi yang ditujui. Lebih mendukacitakan lagi, terdapat juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memotong di garisan berkembar. Sikap seumpama ini akan mengundang padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, "Lain yang makan nangka, lain pula yang terkena getahnya". Selain itu, pengguna juga terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan pengangkutan awam serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Hal ini menyebabkan pengguna berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa tidak selesa semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan itu, pengguna akan berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri sehingga menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan mendatangkan hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua pihak agar perkara yang sukar akan menjadi mudah.
Hasil kerja
Pelajar-pelajar 5Smart A 2011
Khamis, 22 September 2011
SUMBANGAN-SUMBANGAN BELIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Gambar di bawah menunjukkan peranan belia pada masa kini. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan-sumbangan belia dalam pembangunan negara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan belia ialah orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun. Statistik kependudukan menunjukkan bahawa jumlah belia kini ialah 14.9 juta daripada 33.3 juta penduduk di Malaysia. Data ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan penduduk majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang bakal dipikul oleh negara pada masa akan datang. Oleh itu, sumbangan belia amat diperlukan dalam pembangunan negara demi merealisasikan wawasan nasional.
Antara sumbangan belia dalam pembangunan negara adalah gigih dalam membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan negara. Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi. Kegigihan dalam membuat penyelidikan dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari perlu untuk menghasilkan inovasi agar Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dari segi R&D (Research anda Development). Dengan itu, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang tersohor di dunia kerana keterlibatan belia dalam penyelidikan yang membuahkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Di samping itu, generasi kini juga perlu bersiap-siaga untuk menjaga keamanan negara. Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri. Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum. Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini. Oleh hal yang demikian, perpaduan amat penting untuk dikekalkan oleh belia demi pembangunan negara yang berterusan dan rakyat hidup dengan tenang seperti air dalam terenang.
Tuntasnya, golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan negara pada masa hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenaga dalam membangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh belia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang tersohor di seluruh dunia.
Rabu, 21 September 2011
KEPENTINGAN MEMELIHARA WARISAN NEGARA
Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman seperti A-Famosa, Tugu Negara, bangunan stesen keratapi Kuala Lumpur dan Stadium Merdeka. Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah. Sepatutnya, mereka harus menyedari bahawa warisan kebangsaan ini perlu dipelihara kerana ia mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.
Antara kepentingan memelihara warisan kebangsaan adalah menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat terdahulu. Senario ini dapat dibuktikan menerusi peningkatan bilangan pelancong di bandar warisan seperti Georgetown, Melaka dan Kota Bahru yang amat ketara dalam tempoh 1990 hingga 1997. Ini bermakna, warisan kebangsaan merupakan salah satu penyebab utama industri pelancongan begitu rancak sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini. Semangat ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua. Justeru, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara ini sangat penting untuk melahirkan generasi yang berjiwa patriotik dan cinta akan tanah air.
Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan. Bangunan-bangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang. Seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Oleh itu, bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan.
Lebih penting lagi, usaha memelihara warisan negara ini dapat mengenang sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan lama yang diberi nafas baru dapat mengembalikan nostalgia yang sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium Merdeka telah menjadi saksi bisu terhadap kemerdekaan negara. Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini. Sekiranya bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan melupakan sejarah-sejarah penting negara.
Tuntasnya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemeliharaan warisan kebangsaan. Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan khazanah negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan dan pengekalan warisan ini dapat mempertingkatkan imej dan identiti negara di persada dunia.
Ahad, 17 April 2011
KARANGAN CEMERLANG SPM (BAHAGIAN A)
Cara-cara Menjalani Kehidupan yang Sihat
Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud "Jagalah masa sihatmu sebelum masa sakit". Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. hal ini membawa maksud, lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pemgambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik-baiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal-usulny. berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.
Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Aktiviti bersukan dan bersenam ini perlu dilakukan pada setiap petang. Namun, jika tuntutan kerja tidak membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, aerobik dan sebagainya. Menanam pokok bunga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, hubungan silaturahim turut dipererat bak ungkapan peribahasa "Sambil menyelam, minum air".
Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk menjamin kehidupan yang sihat. "Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu". Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya, banyak maklumat boleh kita peroleh di hospital kerana terdapat papan-papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan. Justeru, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah kepada prinsip bukan senang untuk menjadi senang, bukan susah untuk menjadi susah.
Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga kesihatan sendiri. Hal ini kerana, tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandingi nikmat kesihatan pemberian Tuhan. Oleh hal yang demikian, jadilah insan yang sentiasa bersyukur atas kurniaan Tuhan ini kerana tanpa kesihatan, maka tempanglah kehidupan.
Jumaat, 8 April 2011
Amalan Gaya Hidup Sihat
Dalam era yang menongkah arus pemodenan ini sering kali kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan yakni berita yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Sebagai tamsilan, penyakit diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut supaya nasi tidak menjadi bubur.
Pertama sekali, kita perlu mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Contohnya berjoging, bermain bola sepak dan seumpamanya. Hal ini penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak diamalkan, badan kita akan mudah dijangkiti penyakit berbahaya. Fungsi otak untuk memproses maklumat akan terganggu dan gagal menyimpannya di kotak ingatan dengan sempurna. Justeru aktiviti kecergasan memberi banyak faedah kepada kita bertepatan dengan slogan "badan sihat, otak cerdas".
Di samping itu, pengambilan makanan seimbang perlu kita amalkan agar berat badan kita sentiasa ideal dan risiko dihinggapi penyakit akan berkurangan. Misalnya, kita perlulah melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Seandainya jumlah kalori dalam badan tidak seimbang masalah kesihatan akan berlaku seperti masalah obesiti akibat pengambilan lemak yang berlebihan. Oleh itu, setiap individu perlulah peka terhadap pemakanan mereka setiap hari agar tidak menyesal pada kemudian hari kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".
Seterusnya, pemeriksaan kesihatan perlu juga dilakukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Setiap individu harus menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mengetahui tahap kesihatan pada satu-satu masa. Contohnya, pemeriksaan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita akan dapat mengesan penyakit yang kita hidapi dengan lebih awal. Dengan itu, kita tidak akan bersusah payah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ubat-ubatan kerana "mencegah lebih baik daripada mengubati".
Selain itu, pengamal gaya hidup sihat juga amat mementingkan tidur dan rehat yang secukupnya. Perkara ini sangat penting kerana kita akan kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Tidur yang mencukupi bagi seseorang ialah selama lapan jam sehari. Sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang mencukupi akan menyebabkan produktiviti mereka menurun malah proses biologi dalam badan turut terganggu. Pendek kata, tidur dan rehat yang cukup menjamin kehidupan yang sihat sejahtera.
Konklusinya, individu yang prihatin terhadap kesihatan mereka akan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan ini perlu dibudayakan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar generasi hari ini sentiasa bertenaga untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Hasil Karangan oleh,
Nimrod Robert
Kelas 5Smart A Sains 2011
Isnin, 4 April 2011
KEPENTINGAN SUNGAI
Pendahuluan
Penutup
Sungai merupakan anugerah Tuhan yang sangat berguna kepada makhluk yang hidup melata di muka bumi ini (T). Keindahan dan kebersihannya semakin hilang daripada pandangan kerana dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab (I). Masyarakat seharusnya menyedari bahawa sungai-sungai yang terdapat di negara ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri (K).
Huraian Isi
Antara kepentingan sungai adalah sebagai sumber air bukan sahaja kepada manusia malah haiwan liar (AT). Sungai diperlukan oleh penduduk yang tinggal berhampiran dengannya untuk menjalankan rutin harian seperti mencuci, memasak dan mandi (AH1). Bekalan air sungai yang bersih juga dijadikan sebagai minuman kepada penduduk setempat dan juga haiwan (AH2). Oleh itu, kebersihan sungai perlu dijaga bagi menjamin sumber air yang bersih kepada mereka (AP)
Penutup
Tuntasnya, sungai banyak menyumbang kepada kehidupan manusia (R). Tanggungjawab mengekalkan kelestarian sungai di negara ini bukan hanya terletak pada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia tetapi semua pihak perlu saling membahu antara satu sama lain (C). Sekiranya masyarakat bertindak bagai aur dengan tebing nescaya Kempen 1N,1S (Satu Negeri, Satu Sungai) akan mencapai matlamatnya dan kehidupan manusia akan lebih sejahtera (H).
Isnin, 21 Mac 2011
Contoh Karangan Lengkap Punca-punca Pencemaran Udara
Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan kualitinya merosot (T). Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat tidak sihat sepanjang tahun tersebut (I). Justeru, punca-punca pencemaran udara ini harus dikenal pasti bagi memudahkan kita untuk menanganinya agar tidak berleluasa (K).
Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam (AT). Bencana alam merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat kemarau yang berpanjangan (AH1). Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negara-negara yang berhampiran (AH2). Dengan itu, bencana alam juga merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara kita (AP).
Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini (AT). Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1). Sekiranya kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan (AH2). Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)
Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman (AT). Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini meneroka hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian (AH1). Mereka menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk tanam (AH2). Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan udara di kawasan yang berhampiran (AP).
Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka (AT). Sampah-sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjuta-juta tan sehari apabila dikumpulkan di loji pelupusan sampah (AH1). Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada setiap hari bagi mengelakkannya daripada bertambah banyak (AH2). Justeru, udara akan semakin tercemar kerana tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain membakarnya (AP).
Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan (R). Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku (C). “Sebelum nasi menjadi bubur”, langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” (H).
Nota Penerangan.
1. Perenggan Pendahuluan (Teknik TIK)
T = Tema
I = Isu yang berkaitan dengan tema
K = Kehendak soalan ( menyatakan tugasan yang akan dibincangkan dalam karangan)
2. Perenggan Isi
AT = Ayat Topik (Ayat ini berperanan untuk menyatakan isi jawapan)
AH1 = Ayat Huraian Pertama (berperanan untuk menghuraikan AT)
AH2 = Ayat Huraian Kedua (berperanan untuk menjelaskan lebih lanjut dengan mengemukakan contoh, kesan, statistik, atau pendapat yang berkaitan dengan AT)
AP = Ayat Penyimpul (berperanan untuk menegaskan semula AT tetapi dalam bentuk pernyataan yang lain)
*AH boleh ditambah sekiranya perlu penambahan dalam bahagian huraian. Oleh itu, akan muncul AH3, AH4 dan seterusnya tetapi pastikan jumlah ayat adalah seimbang bagi seluruh perenggan isi.
3. Perenggan Penutup
R = Rumusan secara keseluruhan perbincangan
C = Cadangan terhadap isu
H = Harapan (kesan daripada cadangan)
*Jangan lupa gunakan penanda wacana yang betul bagi menghubungkan perengan. Aspek kohesi dan koheren perlu diambil kira dalam menulis karangan.
Ahad, 20 Mac 2011
FORUM REMAJA
Forum merupakan satu medan yang membincangkan sesuatu topik. Aktiviti ini melibatkan seorang pengantara atau dikenali juga sebagai pengerusi dan beberapa orang ahli panel. Setiap ahli panel berperanan untuk menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pengerusi forum. Kalau dilihat dari sudut penulisan pula, forum merupakan karangan yang mempunyai format seperti wawancara. Penggunaan ungkapan-ungkapan menarik seperti peribahasa, cogan kata, pantun, frasa-frasa menarik sangat dituntut agar persembahan atau pengolahannya lebih menarik dan berkesan. Lazimnya pengerusi akan menyatakan definisi terhadap topik perbincangan terlebih dahulu sebelum menanyakan soalan kepada ahli panel. Fokus perbincangan lebih kepada punca, kesan dan langkah menangani sesuatu permasalahan yang dibincangkan. Justeru, berdasarkan mukadimah forum yang telah anda tonton di atas, sila bincangkan dengan lebih lanjut topik yang dikemukakan iaitu "Alam sekitar anugerah Tuhan yang dicemar".
Jumaat, 18 Mac 2011
PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan kualitinya tercemar. Tahukah anda bahawa Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) di kawasan bandar berada pada tahap sangat tidak sihat? Mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah ia disebabkan oleh kegiatan manusia itu sendiri atau mungkin kerana ia merupakan salah satu kesan fenomena alam? Gambar-gambar di atas mungkin dapat membantu menghuraikan permasalahan ini.
Jumaat, 21 Mei 2010
KARANGAN BERPANDU
1. Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan (T), kata kunci soalan (K), dan juga format soalan (F).
2. Tulis karangan tersebut dalam lima atau enam perenggan yang terdiri daripada perenggan pengenalan, isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti berikut:
a) Perenggan pengenalan - hendaklah terdiri daripada 3 - 4 ayat ransangan (AR) dan satu ayat arahan (AA). AR ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala AA pula ialah ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.
2. Tulis karangan tersebut dalam lima atau enam perenggan yang terdiri daripada perenggan pengenalan, isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti berikut:
a) Perenggan pengenalan - hendaklah terdiri daripada 3 - 4 ayat ransangan (AR) dan satu ayat arahan (AA). AR ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat yang menyentuh tema secara umum, manakala AA pula ialah ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.
Langgan:
Catatan (Atom)



