Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2021

SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

SOALAN NOVEL 

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, tuliskan sinopsis novel tersebut.

Untuk menjawab soalan ini, murid perlu menuliskan mengikut bahagian-bahagian yang terdapat dalam binaan plot sesebuah cerita.  Terdapat empat bahagian penting yang perlu diberikan perhatian iaitu, bahagian permulaan, perkembangan / perumitan, klimaks dan peleraian.  Murid perlu memuatkan sekurang-kurangnya satu peristiwa daripada setiap bahagian.  Oleh itu, di sini dimuatkan binaan plot bagi novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang dikaji oleh murid-murid tingkatan 5.


PLOT

Plot novel Silir Daksina tidak dijalin mengikut kronologi kerana pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali.

1.  Permulaan?Eksposisi

Seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor.  Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayang tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam.  Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya.  Namun, niat Haiqal ini mendapat tentangan yang hebat daripada uminya.

2.  Perkembangan

Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong.  Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawait dan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya.  Haiqal mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa.  Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling.  Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama.  Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.

3.  Perumitan / Konflik

Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.

4.  Klimaks

Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan.  Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir.  Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan.  Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

5.  Peleraian

Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.


sumber: Modul Prigel KOMSAS JPN Sabah.





Rabu, 24 Ogos 2016


TEMA
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. 

Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalam bidang sains.  Semasa dia kecil, dia disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannya semata-mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius.  Keadaan ini menyebabkan ibu kandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat Farisha yang masih bayi ditanam implan beberapa kali tanpa diberikan ubat bius.  Namun, Farisha berjaya diselamatkan oleh Dr. Maxi dan Aqram lalu diserahkan kepada keluarga Azraai.  Sungguhpun tindakan Karl terhadap Farisha terlalu kejam namun Farisha kini berguna untuk menyelamatkan Dinara kerana dia sangat genius dalam dunia pengkomputeran.

NOVEL SILIR DAKSINA
Kekeluargaan yang berkaitan dengan perpecahan keluarga yang memberi kesan kepada emosi. 
Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh uminya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.  Umi Haiqal tidak mahu Haiqal pergi menjejakkan kaki ke kampung halaman arwah ayahnya kerana dia tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya.  Walau bagaimanapun, atas rasa kasih sayang yang kuat dalam diri Haiqal terhadap ayahnya dan rasa ingin tahu tentang sejarah hidup Abdullah Kayan, dia terpaksa pergi ke kampung Seri Purnama tanpa restu daripada uminya.  Kedatangan Haiqal di kampung Seri Purnama telah menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama yang lenyap sejak ketiadaan ayahnya.