Rabu, 24 Ogos 2016


TEMA
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. 

Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalam bidang sains.  Semasa dia kecil, dia disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannya semata-mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius.  Keadaan ini menyebabkan ibu kandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat Farisha yang masih bayi ditanam implan beberapa kali tanpa diberikan ubat bius.  Namun, Farisha berjaya diselamatkan oleh Dr. Maxi dan Aqram lalu diserahkan kepada keluarga Azraai.  Sungguhpun tindakan Karl terhadap Farisha terlalu kejam namun Farisha kini berguna untuk menyelamatkan Dinara kerana dia sangat genius dalam dunia pengkomputeran.

NOVEL SILIR DAKSINA
Kekeluargaan yang berkaitan dengan perpecahan keluarga yang memberi kesan kepada emosi. 
Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh uminya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.  Umi Haiqal tidak mahu Haiqal pergi menjejakkan kaki ke kampung halaman arwah ayahnya kerana dia tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya.  Walau bagaimanapun, atas rasa kasih sayang yang kuat dalam diri Haiqal terhadap ayahnya dan rasa ingin tahu tentang sejarah hidup Abdullah Kayan, dia terpaksa pergi ke kampung Seri Purnama tanpa restu daripada uminya.  Kedatangan Haiqal di kampung Seri Purnama telah menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama yang lenyap sejak ketiadaan ayahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar anda.