Selasa, 29 Jun 2021

PERISTIWA NOVEL DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


utk blog fasilitator.jpg

SILA KLIK UNTUK MELIHAT SLIDE

FORMAT INSTRUMEN BAHARU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAN (KSSM) BAHASA MELAYU (1103)

 

Bil

Perkara

Kertas 1 

(1103/1)

100 markah

Kertas 2

(1103/2)

100 markah

Kertas 3 

(1103/3)

70 markah

Kertas 4 

(1103/4)

30 markah

1

Jenis Instrumen

 Ujian Bertulis

 Ujian Bertulis

Ujian Lisan

Ujian Mendengar

2

Jenis Item

Subjektif Respons Terhad

Subjektif Respons Terbuka

Subjektif Respons Terhad

Subjektif Respons Terbuka

Subjektif Respons Terhad

Subjektif Respons Terbuka

Objektif Aneka Pilihan

 

Objektif Pelbagai

Bentuk

 

Subjektif Respons Terhad

3

Bilangan Soalan

Bahagian A

Satu saja

Soalan berdasarkan kombinasi pelbagai bahan rangsangan

 

Jawab 1 soalan

 

Bahagian B

Empat Soalan berdasarkan domain

Jawab satu daripada empat soalan

 

Jumlah soalan :

5 soalan

Bahagian A

Sistem & Aplikasi Bahasa

S1-Morfologi

S2-Sintaksis

S3-Penyuntingan

S4-Bahasa Melayu Standard

S5-Peribahasa

 

Bahagian B

S6-Petikan Umum

S7-Petikan Sastera

S8 -Novel

 

Bahagian C

S9- Rumusan

 Jumlah soalan :

9 soalan 

Bahagian A

Individu

Satu petikan/bahan rangsanagn yang disediakan untuk setiap calon


Bersoal jawab dengan pentaksir (dari sekolah lain)

 

Bahagian B

Kumpulan

Satu tajuk/tema umum disediakan untuk perbincangan dalam kumpulan

(3-5 orang satu kumpulan)

 

 

 

4 – 6 petikan

 

Instrumen mengandungi 20 hingga 25 soalan (wajib jawab semua soalan)

 

Jawapan berdasarkan petikan

4

Konstruk

Kemahiran menulis

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta

Kemahiran membaca

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta

Kemahiran mendengar dan bertutur

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Kemahiran mendengar

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Rabu, 23 Jun 2021

SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

SOALAN NOVEL 

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, tuliskan sinopsis novel tersebut.

Untuk menjawab soalan ini, murid perlu menuliskan mengikut bahagian-bahagian yang terdapat dalam binaan plot sesebuah cerita.  Terdapat empat bahagian penting yang perlu diberikan perhatian iaitu, bahagian permulaan, perkembangan / perumitan, klimaks dan peleraian.  Murid perlu memuatkan sekurang-kurangnya satu peristiwa daripada setiap bahagian.  Oleh itu, di sini dimuatkan binaan plot bagi novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang dikaji oleh murid-murid tingkatan 5.


PLOT

Plot novel Silir Daksina tidak dijalin mengikut kronologi kerana pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali.

1.  Permulaan?Eksposisi

Seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor.  Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayang tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam.  Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya.  Namun, niat Haiqal ini mendapat tentangan yang hebat daripada uminya.

2.  Perkembangan

Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong.  Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawait dan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya.  Haiqal mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa.  Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling.  Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama.  Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.

3.  Perumitan / Konflik

Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.

4.  Klimaks

Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan.  Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir.  Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan.  Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

5.  Peleraian

Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.


sumber: Modul Prigel KOMSAS JPN Sabah.