Selasa, 29 Jun 2021
FORMAT INSTRUMEN BAHARU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAN (KSSM) BAHASA MELAYU (1103)
Bil |
Perkara |
Kertas 1 (1103/1) 100 markah |
Kertas 2 (1103/2) 100 markah |
Kertas 3 (1103/3) 70 markah |
Kertas 4 (1103/4) 30 markah |
1 |
Jenis
Instrumen |
|
|
Ujian Lisan |
Ujian
Mendengar |
2 |
Jenis
Item |
Subjektif
Respons Terhad Subjektif
Respons Terbuka |
Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka |
Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka |
Objektif Aneka Pilihan Objektif Pelbagai Bentuk Subjektif Respons Terhad |
3 |
Bilangan Soalan |
Bahagian
A Satu saja Soalan
berdasarkan kombinasi pelbagai bahan rangsangan Jawab 1
soalan Bahagian
B Empat
Soalan berdasarkan domain Jawab
satu daripada empat soalan Jumlah
soalan : 5 soalan |
Bahagian
A Sistem & Aplikasi Bahasa S1-Morfologi S2-Sintaksis S3-Penyuntingan S4-Bahasa Melayu Standard S5-Peribahasa Bahagian B S6-Petikan Umum S7-Petikan Sastera S8 -Novel Bahagian C S9- Rumusan 9 soalan |
Bahagian A Individu Satu petikan/bahan rangsanagn yang disediakan untuk
setiap calon Bersoal jawab dengan pentaksir (dari sekolah lain) Bahagian B Kumpulan Satu tajuk/tema umum disediakan untuk perbincangan
dalam kumpulan (3-5 orang satu kumpulan) |
4 – 6 petikan Instrumen mengandungi 20 hingga 25 soalan (wajib
jawab semua soalan) Jawapan berdasarkan petikan |
4 |
Konstruk |
Kemahiran
menulis Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta |
Kemahiran
membaca Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta |
Kemahiran mendengar dan
bertutur Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai |
Kemahiran mendengar Memahami Mengaplikasi Menganalisis |
Rabu, 23 Jun 2021
SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
SOALAN NOVEL
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, tuliskan sinopsis novel tersebut.
Untuk menjawab soalan ini, murid perlu menuliskan mengikut bahagian-bahagian yang terdapat dalam binaan plot sesebuah cerita. Terdapat empat bahagian penting yang perlu diberikan perhatian iaitu, bahagian permulaan, perkembangan / perumitan, klimaks dan peleraian. Murid perlu memuatkan sekurang-kurangnya satu peristiwa daripada setiap bahagian. Oleh itu, di sini dimuatkan binaan plot bagi novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang dikaji oleh murid-murid tingkatan 5.
PLOT
Plot novel Silir
Daksina tidak dijalin mengikut kronologi
kerana pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali.
1. Permulaan?Eksposisi
Seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayang tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya. Namun, niat Haiqal ini mendapat tentangan yang hebat daripada uminya.
2. Perkembangan
Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong. Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawait dan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Haiqal mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.
3. Perumitan / Konflik
Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.
4. Klimaks
Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.
5. Peleraian
Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.
sumber: Modul Prigel KOMSAS JPN Sabah.